1.
Alif, Laam, Miim.
2.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang
(hendak) bertaqwa;
3.
Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4.
dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5.
mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang Yang berjaya.
6.
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada
mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.
7.
(dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta
pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka
pula disediakan azab seksa Yang amat besar.
8.
dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah
dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9.
mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka
hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10.
Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad
dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula
akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka
berdusta (dan mendustakan kebenaran).
11.
dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami
orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".
12.
Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya
membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
13.
dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana
orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini
beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah!
Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui
(hakikat Yang sebenarnya).
14.
dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata:
" Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada
syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap
bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang
beriman)".
15.
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam
kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
16.
mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk;
maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh
petunjuk hidayah.
17.
Perbandingan hal mereka (golongan Yang munafik itu) samalah seperti orang Yang
menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah
hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka Dalam
gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
18.
mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; Dengan keadaan itu mereka
tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
19.
atau (bandingannya) seperti (orang-orang Yang ditimpa) hujan lebat dari langit,
bersama Dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke
Dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut
mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah
meliputi orang-orang Yang kafir itu.
20.
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka;
tiap-tiap kali Kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan
Dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka
(menunggu Dengan bingungnya). dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya
dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
21.
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa.
22.
Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta
Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan
diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu
berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu
mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa
Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
23.
dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah
Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya
boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.
24.
maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat
membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan
untuk orang-orang kafir.
25.
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya
mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali
mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka
berkata: "Inilah Yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka
diberikan rezeki itu Yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan
disediakan untuk mereka Dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri Yang
sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
26.
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat Perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk
hingga ke suatu Yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya),
Iaitu kalau orang-orang Yang beriman maka mereka akan mengetahui Bahawa
Perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka
mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat Perbandingan Dengan
ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat Dengan sebab
Perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk Dengan
sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat Dengan sebab Perbandingan itu
melainkan orang-orang Yang fasik;
27.
(Iaitu) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah
diperteguhkannya, dan memutuskan perkara Yang disuruh Allah supaya
diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.
mereka itu ialah orang-orang Yang rugi.
28.
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati
(belum lahir), kemudian ia menghidupkan kamu; setelah itu ia mematikan kamu,
kemudian ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu
dikembalikan kepadanya (untuk diberi balasan bagi Segala Yang kamu kerjakan).
29.
Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, kemudian ia
menuju Dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh
langit Dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
30.
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
31.
dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
32.
malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya
Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
33.
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada
mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada
mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui
apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".
34.
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang
kafir.
35.
dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam
syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua
sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka
akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".
36.
setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan
menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya
dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada
sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi,
serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
37.
kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan
taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah,
Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
38.
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian
jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab
Yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa Yang mengikuti petunjukKu itu
nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita".
39.
dan orang-orang kafir Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu
ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
40.
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segala nikmat Yang telah Kuberikan
kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku
sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu
merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu Yang lain).
41.
dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan
benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang
mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan
ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan Yang sedikit
faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
42.
dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu
sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
43.
dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.
44.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan
diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu
berakal?
45.
dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang Yang khusyuk;
46.
(Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan
mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
47.
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu Yang Aku telah kurniakan kepada
kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang
taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
48.
dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), Yang padanya
seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari
balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil
daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi
sebarang pertolongan.
49.
dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya,
Yang sentiasa menyeksa kamu Dengan seksa Yang seburuk-buruknya; mereka
menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
kamu; sedang kejadian Yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan
Yang besar dari Tuhan kamu.
50.
dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana
melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami
tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
51.
dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat
kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia
pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang Yang
zalim (terhadap diri sendiri).
52.
kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
53.
dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (Taurat) dan
keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, Yang membezakan antara Yang
benar Dengan Yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
54.
dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai
kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan sebab kamu
menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah Yang
menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi
kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu.
Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha
Mengasihani".
55.
dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan
beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah Dengan terang (dengan mata
kepala kami)". maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua
melihatnya.
56.
kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran
petir itu), supaya kamu bersyukur.
57.
dan Kami telah menaungi kamu Dengan awan (dari panas matahari di padang pasir)
dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta
Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan Yang baik Yang Kami telah
kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka
kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
58.
dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini,
kemudian makanlah dari benda-benda Yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya,
apa sahaja Yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya Dengan tunduk
(merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa
Kami '; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah
pula pahala orang-orang Yang berbuat baik".
59.
kemudian orang-orang Yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah
kami) Yang dikatakan kepada mereka Dengan melakukan sebaliknya; maka Kami
turunkan ke atas orang-orang Yang zalim itu bala bencana dari langit, Dengan
sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
60.
dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun
memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya
tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi".
61.
dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, Kami tidak sabar
(sudah jemu) Dengan makanan Yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi Kami sebahagian dari apa Yang
tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya,
dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab:
"Adakah kamu mahu menukar sesuatu Yang kurang baik Dengan meninggalkan
Yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa
Yang kamu minta itu". dan mereka ditimpakan Dengan kehinaan dan kepapaan,
dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu
ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah
dan mukjizat-mukjizat Yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh
Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang benar. Yang demikian itu ialah
disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
62.
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang
Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman
kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi
mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian Yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
63.
dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami
angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah
Taurat Yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) Dengan
bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa Yang tersebut di
dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
64.
kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak
menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas
kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu
dari golongan orang-orang Yang rugi.
65.
dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang
di antara kamu Yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman
kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".
66.
maka Kami jadikan apa Yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi
orang-orang Yang ada pada masa itu dan orang-orang Yang datang Kemudian, dan
suatu pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
67.
dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya
Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka
berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi
Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang
dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)".
68.
mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa
menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah
seekor lembu Yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan
(umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu
melakukannya".
69.
mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab:
"Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu
kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang Yang melihatnya".
70.
mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada Kami lembu betina Yang mana satu? kerana Sesungguhnya
lembu Yang dikehendaki itu kesamaran kepada Kami (susah Kami memilihnya), dan
Kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu
itu)".
71.
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: sebenarnya (lembu Yang
dikehendaki itu) ialah lembu betina Yang tidak pernah digunakan untuk membajak
tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram
tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". mereka
berkata: "Sekarang baharulah Engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya Yang
sebenar". maka mereka pun menyembelih lembu Yang tersebut, dan hampir-hampir
mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
72.
dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu
tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap
melahirkan apa Yang kamu sembunyikan.
73.
maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati Dengan sebahagian anggota
lembu Yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali
hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang Yang telah mati, dan
memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
74.
kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih
keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada Yang terpancar dan mengalir air
sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya Yang pecah-pecah terbelah lalu
keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah
kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa
Yang kamu kerjakan.
75.
(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang
kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa
mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal
Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah
(Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka
memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
76.
dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu Dengan
orang-orang Yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan
apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu
ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) Dengan apa Yang telah diterangkan
oleh Allah kepada kamu (di Dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad)
untuk menjadikannya hujah (bukti) Yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan
kamu? tidakkah kamu berakal?"
77.
(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah
mengetahui apa Yang mereka rahsiakan dan apa Yang mereka lahirkan?
78.
dan di antara mereka pula ada orang-orang Yang buta huruf, mereka tidak
mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari
ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan
sahaja.
79.
Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang menulis Kitab Taurat Dengan tangan
mereka (lalu mengubah Kalam Allah Dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka
berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka Dengan perbuatan
itu dapat membeli keuntungan dunia Yang sedikit. maka Kecelakaan besar bagi
mereka disebabkan apa Yang ditulis oleh tangan mereka, dan Kecelakaan besar
bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu.
80.
dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka
kecuali beberapa hari Yang tertentu". Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah
tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah
sesuatu Yang tidak kamu mengetahuinya?"
81.
(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar), Sesungguhnya sesiapa Yang berbuat
kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka
merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
82.
dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka
kekal di dalamnya.
83.
dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan
Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,
dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak
yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia
perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah
zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu)
kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak
menghiraukan perjanjian setianya.
84.
dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan kamu:
"(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama
sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung
masing-masing". kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia
itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).
85.
kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan
kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling
bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa
dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang
tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga
atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari
isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah
balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari
kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke
Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai
akan apa Yang kamu lakukan.
86.
mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan
kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa
kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa
mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
87.
dan Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami
iringi kemudian daripadanya Dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan
kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya
Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu
seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) Yang tidak disukai oleh hawa nafsu
kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari
Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian Yang lain pula kamu membunuhnya?
88.
dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati Kami tertutup (tidak dapat
menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah
telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit
benar mereka Yang beriman.
89.
dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), Yang
mengesahkan apa Yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu
sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan
kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). setelah datang kepada mereka apa
Yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka
mengingkarinya; maka (dengan Yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang
Yang kafir ingkar itu.
90.
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli
kesenangan dirinya sendiri Dengan mengingkari Al-Quran Yang telah diturunkan
oleh Allah, kerana dengki Bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu)
kepada sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan
Allah bertalu-talu, dan orang-orang Yang kafir itu akan beroleh azab sengsara
Yang menghinakan.
91.
dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa Yang
telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab:
"Kami hanya beriman kepada apa Yang telah diturunkan kepada Kami
(Taurat)". dan mereka ingkarkan (Kitab) Yang lain Yang diturunkan kemudian
daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat Yang ada
pada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu
membunuh Nabi-nabi Allah pada masa Yang lalu kalaulah kamu benar-benar
orang-orang Yang beriman?".
92.
dan Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa
keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu
sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang Yang
zalim.
93.
dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan kamu semasa Kami
angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): "Ambilah
(dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu Dengan
bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu Dengan
mematuhinya)". mereka menjawab: "Kami dengar, dan Kami
menderhaka". sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah
mesra dan sebati di Dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka.
Katakanlah (Wahai Muhammad):" amatlah jahatnya apa Yang disuruh oleh iman
kamu itu kalaulah kamu orang-orang Yang beriman".
94.
Katakanlah (Wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri
akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak
boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti Yang kamu dakwakan itu), maka
cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu
orang-orang Yang benar".
95.
dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya,
Dengan sebab dosa-dosa Yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui
akan orang-orang Yang zalim itu.
96.
Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak
manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup
itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. tiap-tiap seorang dari mereka
suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang Yang demikian,
tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). dan
(ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang mereka lakukan.
97.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah
kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang
mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan
sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada
orang-orang Yang beriman".
98.
sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari Segala petunjuk dan perintahNya) dan
memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan
Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah
musuh bagi orang-orang kafir.
99.
dan Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat
keterangan Yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada Yang akan mengingkarinya
melainkan orang-orang Yang fasik.
100.
Patutkah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan Patutkah tiap-tiap
kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan
dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.
101.
dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad
s.a.w), Yang mengesahkan apa Yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang
Yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka,
seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
102.
mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan
tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana
merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada
dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua
tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan
berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam
pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang
boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu
seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa
sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik
di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri
mereka, kalaulah mereka mengetahui.
103.
dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan
mendapat pahala); Sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik,
kalau mereka mengetahui.
104.
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengatakan: "raaina",
(ketika kamu berkata-kata Dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah:
"unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah Dengan sebulat hati
menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.
105.
orang-orang kafir dari ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak
suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari
Tuhan kamu padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia Yang amat
besar.
106.
apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya,
atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
107.
tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Yang Menguasai Segala alam
langit dan bumi? dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun Yang dapat
melindungi dan Yang dapat memberi pertolongan.
108.
Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi
Musa (oleh kaumnya) dahulu? dan sesiapa Yang menukar iman Dengan mengambil
kekufuran, maka Sesungguhnya ia telah sesat dari jalan Yang lurus.
109.
banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka
dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang
timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi
Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
110.
dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang
kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala
Yang kamu kerjakan.
111.
dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan
masuk syurga melainkan orang-orang Yang berugama Yahudi atau Nasrani".
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan Yang (membuktikan kebenaran)
apa Yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang Yang benar".
112.
(Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan
dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik
amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
113.
dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai
sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula
berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang
benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan
Injil). demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) Yang tidak
berilmu pengetahuan, mengatakan seperti Yang dikatakan oleh mereka itu. maka
Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa
Yang mereka berselisihan padanya.
114.
dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan
menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan)
menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan
masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam
masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
(bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan
beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang
amat besar.
115.
dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Yang
diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi sentiasa mengetahui.
116.
dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak".
Maha suci Allah (dari apa Yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang
memiliki Segala Yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah
kekuasaanNya.
117.
Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi (dengan Segala keindahannya); dan
apabila ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka ia hanya berfirman
kepadanya: "Jadilah engkau!" lalu menjadilah ia.
118.
dan (orang-orang musyrik) Yang tidak berilmu pengetahuan, berkata:
"Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata Dengan Kami (mengenai kebenaran
Muhammad) atau datang kepada Kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" demikian
pula orang-orang (kafir) Yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti Yang
dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan
kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang
menjadi dalil dan bukti) kepada kaum Yang mahu percaya Dengan yakin.
119.
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad) Dengan kebenaran,
(serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan
pembawa amaran (kepada orang-orang Yang ingkar). dan (setelah Engkau sampaikan
semuanya itu), Engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli
neraka.
120.
orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika
Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang
memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepada mu.
121.
orang-orang Yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya
Dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka
itulah orang-orang Yang beriman kepadanya; dan sesiapa Yang mengingkarinya maka
mereka itulah orang-orang Yang rugi.
122.
Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu Yang telah Kuberikan
kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu)
atas umat-umat Yang lain (yang ada pada zamannya).
123.
dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang
tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan
diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya
sebarang syafaat; dan orang-orang Yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab
sengsara).
124.
dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya Dengan beberapa kalimah
(suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu)
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin
ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon Dengan berkata:
"(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku
(pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu
diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang Yang
zalim."
125.
dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan
bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh
kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah
dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang
bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan
orang-orang Yang rukuk dan sujud".
126.
dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku!
Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri Yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki
dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, Iaitu orang-orang Yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah
berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa Yang kufur dan
ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi
sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab
neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
127.
dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan
asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan
berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami);
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
128.
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang
berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam
(yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada Kami syariat dan
cara-cara Ibadat kami, dan Terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
129.
"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan
mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan
mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan
dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
130.
tidak ada orang Yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang Yang
membodohkan dirinya sendiri, kerana Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim
(menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak
tetaplah dari orang-orang Yang soleh Yang (tertinggi martabatnya).
131.
(ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri
(kepadaKu Wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri
(tunduk taat) kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".
132.
dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan
(demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini
menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan
Islam".
133.
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana Yang kamu katakan itu Wahai
orang-orang Yahudi)! kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia
berkata kepada anak-anaknya: "Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku
mati?" mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu
Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepadaNyalah
sahaja Kami berserah diri (dengan penuh iman)".
134.
mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan)
apa Yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu
usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa
Yang telah mereka lakukan.
135.
dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama
Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk".
Katakanlah (Wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa
Yang kamu katakan itu) bahkan Kami mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang tetap di
atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
136.
Katakanlah (Wahai orang-orang Yang beriman): "Kami beriman kepada Allah,
dan kepada apa Yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa Yang
diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub
serta anak-anaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa
(Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa Yang diberikan kepada Nabi-nabi
dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka
(sebagaimana Yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami
semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
137.
maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah
dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika
mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka
Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan Dalam perbalahan dan permusuhan
(dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah
akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.
138.
(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah
sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami
Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah?
(Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".
139.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani)
membuat bantahan terhadap Kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? padahal
Dia lah Tuhan Kami dan Tuhan kamu. bagi Kami (faedah) amal Kami dan bagi kamu
pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan Kami adalah (mengerjakan amal
dengan) ikhlas kepadanya;
140.
"Atau Patutkah kamu mengatakan, Bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan
Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah
orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum
adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Adakah kamu Yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah
Yang lebih zalim daripada orang Yang menyembunyikan keterangan (saksi dan
bukti) Yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan apa Yang telah kamu lakukan.
141.
mereka itu adalah satu umat Yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan)
apa Yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa Yang kamu
usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa
Yang mereka telah lakukan.
142.
orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa
sebabnya Yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat Yang mereka
mengadapnya selama ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Timur dan
barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah
mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah Yang memberikan petunjuk
hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus".
143.
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya
kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang
Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang
Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah
Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu
(Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan
Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan
siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya
(soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali
kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak
akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas
kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
144.
Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke
langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai.
oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah);
dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan
Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab,
mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka
lakukan.
145.
dan Demi sesungguhnya! jika Engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) Yang telah diberikan kitab, akan Segala keterangan (yang menunjukkan
kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut
kiblatmu, dan Engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan
sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian Yang lain.
Demi sesungguhnya! kalau Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah
datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya
engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang Yang zalim.
146.
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta
mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal
anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha
menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan Yang
demikian).
147.
kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan
Nasrani) itu (Wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan
sekali-kali Engkau termasuk Dalam golongan orang-orang Yang ragu-ragu.
148.
dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh
itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu
berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat
untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
149.
dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka
hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan Sesungguhnya perintah
berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan Segala apa Yang kamu lakukan.
150.
dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka
hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu
berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang)
alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang Yang zalim
di antara mereka (ada sahaja Yang mereka jadikan alasan). maka janganlah kamu
takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata);
dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh
petunjuk hidayah (mengenai perkara Yang benar).
151.
(Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti
(nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu
Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu
(dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab
(Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu
ketahui.
152.
oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu),
supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan
janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
153.
Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi
susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan
Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang Yang sabar
154.
dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan
membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang
hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat
menyedarinya.
155.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang Yang sabar:
156.
(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
Kami kembali."
157.
mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk
hidayahNya.
158.
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian
daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa Yang menunaikan Ibadat Haji
ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie
(berjalan Dengan berulang-alik) di antara keduanya. dan sesiapa Yang
bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka Sesungguhnya Allah memberi
balasan pahala, lagi Maha mengetahui.
159.
Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada
manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk.
160.
kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta
menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima
taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
161.
Sesungguhnya orang-orang Yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap Dalam
keadaan kafir, mereka itulah orang-orang Yang ditimpa laknat Allah dan malaikat
serta manusia sekaliannya.
162.
mereka kekal di Dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka
dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.
163.
dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah)
selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
164.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan
siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda
Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang;
demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu)
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya,
dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
165.
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang
melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada
hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
166.
(Iaitu) ketika ketua-ketua Yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari
orang-orang Yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya
azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka.
167.
dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi
pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri
daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat
ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka
(dengan rupa Yang mendatangkan) penyesalan Yang amat sangat kepada mereka, dan
mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.
168.
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.
169.
ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara Yang keji, dan
(menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa Yang kamu tidak
ketahui (salah benarnya).
170.
dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa Yang telah
diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya)
menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya". Patutkah
(Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun
tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari
Allah)?
171.
dan bandingan (orang-orang Yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu
beriman itu), samalah seperti orang Yang berteriak memanggil binatang Yang
tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu
ialah orang-orang Yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat
menggunakan akalnya.
172.
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang
halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
173.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah,
dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka
sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan
tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
174.
Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa
keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya
keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut
mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka
pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula
akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
175.
mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk
(ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan
Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
176.
(segala balasan Yang buruk) itu adalah Dengan sebab Allah telah menurunkan
Kitab Dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan
Sesungguhnya orang-orang Yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu
sebenarnya mereka adalah Dalam keadaan berpecah-belah Yang jauh (dari mendapat
petunjuk hidayah Allah).
177.
bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan
barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari
akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum
kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar
Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan
hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan
zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka
membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan,
dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang
Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang
benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang
Yang bertaqwa.
178.
Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman
"Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati
dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan
perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian
keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang
mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si
pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta
suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk
membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
179.
dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang
Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
180.
kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang Yang bertaqwa.
181.
kemudian sesiapa Yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka
Sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang Yang mengubahnya;
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
182.
tetapi sesiapa Yang mengetahui Bahawa orang Yang berwasiat itu tidak adil atau
melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka
(waris-waris, Dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka
tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
183.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan
atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
184.
(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di
antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain;
dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang
Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
185.
(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada
hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
186.
dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
187.
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan
isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan
kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam),
Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang
beriktikaf di masjid. itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian
manusia supaya mereka bertaqwa.
188.
dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara
kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya).
189.
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan.
katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu
(urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji. dan bukanlah perkara
kebajikan: kamu memasuki Rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram)
akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang Yang bertaqwa; dan masuklah ke
Rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya
kamu berjaya."
190.
dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang
Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang
menceroboh.
191.
dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati
mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan
(ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan
dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka
memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka
bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.
192.
kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
193.
dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah
ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah
ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim.
194.
(mencabuli) bulan Yang dihormati itu ialah Dengan (sebab membalas pencabulan
dalam) bulan Yang dihormati; dan tiap-tiap perkara Yang dihormati itu (jika
dicabuli), ada balasannya Yang seimbang. oleh itu sesiapa Yang melakukan
pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan
pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah
serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.
195.
dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha
memperbaiki amalannya.
196.
dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu
dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram,
maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam Yang mudah didapati; dan
janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam
itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. maka sesiapa di antara kamu sakit
atau terdapat sesuatu Yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya),
hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih
Dam. kemudian apabila kamu berada kembali Dalam keadaan aman, maka sesiapa Yang
mahu menikmati kemudahan Dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati
kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) Ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya
kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam Yang mudah didapati. kalau ia tidak dapat
(mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari Dalam masa mengerjakan
Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing);
semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. hukum ini ialah bagi orang Yang
tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjid Al-Haraam (Makkah). dan hendaklah
kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan
seksaNya (terhadap orang-orang Yang melanggar perintahNya).
197.
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum.
oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat
mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh
membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat
Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan
hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik
bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah
kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
198.
tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan
meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). kemudian apabila kamu bertolak
turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah
(dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di
Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah Dengan menyebutnya sebagaimana ia telah
memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan Sesungguhnya kamu sebelum itu adalah
dari golongan orang-orang Yang salah jalan ibadatnya.
199.
selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya
orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun),
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
200.
kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana
kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan
sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia".
(orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun
kebaikan di akhirat.
201.
dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan
kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah
Kami dari azab neraka".
202.
mereka itulah Yang akan mendapat bahagian Yang baik dari apa Yang telah mereka
usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
203.
dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam
beberapa hari Yang tertentu bilangannya. kemudian sesiapa Yang segera
(meninggalkan Mina) pada hari Yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa
Yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan
dosa itu ialah) bagi orang Yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah
dan ketahuilah Sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadaNya.
204.
dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan
dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah
Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya,
padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
205.
kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi,
untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan
(binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
206.
dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah"
timbulah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh
itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya,
(neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
207.
dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan
Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
208.
Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi)
Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
209.
maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke Dalam kesalahan disebabkan tipu daya
Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan Yang jelas kepada kamu, maka
ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
210.
(orang-orang Yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah
kepada mereka Dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama Dengan malaikat
(yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab
Yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya Segala urusan.
211.
Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan Yang telah
Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar
nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah
nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) Sesungguhnya Allah
amat berat azab seksaNya.
212.
kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada
(pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang
rendah kepada orang-orang Yang beriman. padahal orang-orang Yang bertaqwa
(dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu)
pada hari kiamat kelak. dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa
Yang dikehendakiNya Dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
213.
pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu,
tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai
pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga,
dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka);
dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi
keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia
mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang
melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka
Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan
Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama
sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah
kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya.
dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
214.
Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai
kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang
Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan
hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya
musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada ugama Allah).
215.
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang
kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan
anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam
perjalanan. dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,
maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).
216.
kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu
ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk
bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya.
217.
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam
bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa
besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan
perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke
Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya
itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara
fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang Dalam bulan
Yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu
hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup
(melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling
tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka
orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia
dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya).
218.
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta
berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang
Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
219.
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula
kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah:
"Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah
Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya)
supaya kamu berfikir:
220.
mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi
kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. katakanlah:
"Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika
kamu bercampur gaul Dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu
ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang Yang
merosakkan (harta benda mereka) daripada orang Yang hendak memperbaikinya. dan
jika Allah menghendaki tentulah ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan
bercampur gaul Dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
221.
dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum
mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan
Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun
keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan
Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama
Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada
seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian
ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke
syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya
(keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat
mengambil pelajaran (daripadanya).
222.
dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan
mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan
(jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian
apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.
223.
isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik)
untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya
kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai
Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.
224.
(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang
menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan
perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa mengetahui.
225.
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu Yang tidak dimaksudkan
(untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan
hukuman) Dengan sebab sumpah Yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu
(dengan niat bersumpah). dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Penyabar.
226.
kepada orang-orang Yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka,
diberikan tempoh empat bulan. setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya),
maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
227.
dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
228.
dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal
bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh
Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan
hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan)
isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak
berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang
ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak
dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu)
mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
229.
talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia
(rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau
melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu
mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka
(isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut
tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir
Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka
tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh
isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).
itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa
Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang
zalim.
230.
sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali Yang ketiga)
maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin
Dengan suami Yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu
dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya)
tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka
akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum
Allah, diterangkanNya kepada kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
231.
dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir)
habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang
baik atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik. dan janganlah kamu pegang
mereka (rujuk semula Dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak
melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa Yang melakukan demikian maka
Sesungguhnya Dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan
ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah
nikmat Allah Yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa Yang diturunkan
kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran
kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
232.
dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka
' maka janganlah kamu (Wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin
semula Dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu)
bersetuju sesama sendiri Dengan cara Yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak).
Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran Dengan itu kepada sesiapa di antara
kamu Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik bagi kamu dan lebih suci. dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua
Yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
233.
dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu
bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula
ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya.
tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu
mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.
234.
dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama
empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka
tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya
menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah
sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.
235.
dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara
sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah),
atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka).
Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka,
(yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji
Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara
sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh
(hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan
ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka
beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
236.
tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika
kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) Dengan
mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun
demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada
mereka (yang diceraikan itu). iaitu: suami Yang senang (hendaklah memberi
saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami Yang susah pula menurut
ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut Yang patut, lagi
menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
237.
dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) Dengan mereka,
padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak
mendapat separuh dari maskahwin Yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika
mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) Yang memegang ikatan nikah
itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu Dengan sepenuhnya). dan perbuatan
kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. dan
janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya
Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu kerjakan.
238.
peliharalah kamu (kerjakanlah Dengan tetap dan sempurna pada waktunya) Segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah
kerana Allah (dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan khusyuk.
239.
dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau
berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara Yang lebih sempurna),
sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa Yang kamu tidak mengetahuinya.
240.
dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri,
hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati
(makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh
pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dari tempat
tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali
waris si mati) mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri
mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah,
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
241.
dan isteri-isteri Yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati)
Dengan cara Yang patut, sebagai satu tanggungan Yang wajib atas orang-orang
Yang taqwa.
242.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu
memahaminya.
243.
tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad) tentang orang-orang Yang keluar
(melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka
beribu-ribu ramainya? maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu
" kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa
melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan
manusia tidak bersyukur.
244.
dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran
ugamaNya); dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
245.
siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan
berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang
meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
246.
tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani
lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi
mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab:
"Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan
berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang
pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan
(dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka,
mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan
(ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.
247.
dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah
melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia
mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan
itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi
mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja
kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan
kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa
pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya
dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
248.
dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut
itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti
Tabut Yang mengandungi (sesuatu Yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan
kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa Yang telah ditinggalkan oleh keluarga
Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya
peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika
betul kamu orang-orang Yang beriman".
249.
kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia:
"Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu
sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,
dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku,
kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah
diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan
sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut
bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah
orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak
terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang
yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah
terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan
izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".
250.
dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya,
mereka berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada
kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap
kaum Yang kafir"
251.
oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan
Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah
itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat
(pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah
Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan
setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi
ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
252.
itulah ayat-ayat keterangan Allah Yang Kami bacakan Dia kepadamu (Wahai
Muhammad) Dengan benar; dan Sesungguhnya Engkau adalah salah seorang dari
Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.
253.
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian Yang lain
(dengan kelebihan-kelebihan Yang tertentu). di antara mereka ada Yang Allah
berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka
beberapa darjat kelebihan. dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa
keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan Dia Dengan Ruhul-Qudus
(Jibril). dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang Yang datang
kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). tetapi mereka
bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang Yang beriman, dan orang
Yang kafir. dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak
berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa Yang dikehendakiNya.
254.
Wahai orang-orang Yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa Yang telah Kami
berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli
padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula
pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang
zalim.
255.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang
kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi.
tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada
di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah
Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)
256.
tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
257.
Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan
orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan
mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
258.
tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan
orang itu Kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah
Yang menghidupkan dan Yang mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh
menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya
Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari
barat?" maka tercenganglah orang Yang kafir itu (lalu diam membisu). dan
(ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum Yang zalim.
259.
atau (tidakkah Engkau pelik memikirkan Wahai Muhammad) tentang orang Yang
melalui sebuah negeri Yang telah runtuh Segala bangunannya, orang itu berkata:
"Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah
matinya (rosak binasanya)? " lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan
tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan Dia semula lalu
bertanya kepadanya: "Berapa lama Engkau tinggal (di sini)?" ia
menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari".
Allah berfirman:" (tidak benar), bahkan Engkau telah tinggal (berkeadaan
demikian) selama seratus tahun. oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan
minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada
keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah
untuk) menjadikan Engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan
lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, Bagaimana Kami menyusunnya kembali
kemudian Kami menyalutnya Dengan daging ". maka apabila telah jelas
kepadanya (Apa Yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang Aku mengetahuiNya
(dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
260.
dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai
Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu Bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk
Yang mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada
kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan
yakin), akan tetapi (aku memohon Yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku
(yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian),
ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian
daripadanya. kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang
kepadamu Dengan segera". dan ketahuilah Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.
261.
bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
262.
orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian
mereka tidak mengiringi apa Yang mereka belanjakan itu Dengan perkataan
membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti
(pihak Yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
263.
(Menolak peminta-peminta sedekah) Dengan perkataan Yang baik dan memaafkan
(kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) Yang diiringi
(dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. dan (ingatlah), Allah
Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
264.
Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu
Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti
(rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah
dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada
tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya
bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang
kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa
Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum Yang kafir.
265.
dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan
Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa
mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat Yang tinggi, Yang ditimpa hujan
lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan
lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan (ingatlah),
Allah sentiasa melihat akan apa Yang kamu lakukan.
266.
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar
(kurma) dan anggur, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga
mempunyai Dalam kebun itu Segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan
mempunyai banyak anak cucu Yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin
taufan Yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil
iktibar).
267.
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian
dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk
daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal
kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan
kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah,
Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
268.
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan
(jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan
Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan)
keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha
Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.
269.
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan
hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan
tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang
Yang menggunakan akal fikirannya.
270.
dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja
Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah),
orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat menolongnya.
271.
kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian
adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan
sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka
itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian
dari kesalahan-kesalahan kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara
mendalam akan apa Yang kamu lakukan.
272.
tidaklah Engkau Diwajibkan (Wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir)
mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi
Allah jualah Yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). dan apa jua harta Yang
halal Yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya)
adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu
melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua Yang kamu dermakan dari
harta Yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan
(balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
273.
pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin Yang telah
menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah
(membela Islam), Yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga
dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang Yang tidak
mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau
kenal mereka Dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka
tidak meminta kepada orang ramai Dengan mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa
jua Yang kamu belanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuinya.
274.
orang-orang Yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan
siang, Dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan
mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik)
terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
275.
orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti
riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
276.
Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia
pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan
zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam
kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
277.
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan
sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
278.
Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
279.
oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba
itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu
(yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu
tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
280.
dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka
berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu
sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu akan dapati kelak).
281.
dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan
dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap
seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan
balasannya sedikitpun.
282.
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan
hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang
penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu,
hendaklah ia menulis dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi
surat hutang itu Dengan jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah
Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian
jika orang Yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat
hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan
adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan
kamu. kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang
lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi
saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu
maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan
apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara
hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang
demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan)
keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.
kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri,
maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi apabila
kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan.
dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang
demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan
ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
283.
dan jika kamu berada Dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
Yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan
barang gadaian untuk dipegang (oleh orang Yang memberi hutang). kemudian kalau
Yang memberi hutang percaya kepada Yang berhutang (dengan tidak payah bersurat,
saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) Yang
dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang Yang diamanahkan kepadaNya, dan
hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. dan janganlah kamu (Wahai
orang-orang Yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara Yang dipersaksikan itu.
dan sesiapa Yang menyembunyikannya, maka Sesungguhnya ia adalah orang Yang
berdosa hatinya. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan apa Yang kamu
kerjakan.
284.
Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika
kamu melahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya,
nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia
mengampunkan bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa Yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
285.
Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):
"Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain
Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami
pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat
kembali".
286.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat
pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang
diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai
Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat
sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang
Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".